08/04/2007

PIAGAM SEKOLAH

Kami sedia mendokong Falsafah dan Wawasan Pendidikan Negara dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang, mesra, penuh iltizam dan bertanggungjawab kepada semua pelajar sepertimana berikut:-

Ø Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan mengamalkan budaya yang cekap dan cepat.

Ø Menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan berkesan serta meningkatkan mutu seiringan dengan perubahan globalisasi.

Ø Membimbing generasi pelajar yang berakidah dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ø Memberi perhatian dan tumpuan pengajaran yang sama kepada setiap pelajar tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan.

Ø Menilai pencapaian pelajar secara berterusan dengan adil dan saksama ke arah melahirkan pelajar mulia bestari.

Ø Melahir pelajar yang berwawasan, berketerampilan dan mempunyai semangat juang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Ø Memberi bimbingan kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi dan pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat dan setiap program yang dijalankan.

Ø Mewujudkan interaksi yang penuh mesra, bersopan santun serta bersikap terbuka antara pelajar, guru, ibubapa dan masyarakat.

Ø Mewujudkan suasana disiplin, kebersihan, kesihatan dan keselamatan di sekolah.

Ø Melahirkan pelajar penyayang dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, guru sekolah dan masyarakat serta sanggup berbakti kepada keluarga, bangsa, agama dan masyarakat.

FALSAFAH SMK PUTRA

Berusaha dengan sedaya upaya untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi memupuk kebolehan dan potensi pelajar ke arah kecemerlangan sebagai insan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara bagi pengisian abad ke-21.

Moto Sekolah

“Masa Depan Itu Sekarang”

Moto ini telah dipilih oleh Pihak Pengurusan sekolah berasaskan kepentingan bahawa apa yang bakal berlaku semuanya bermula dari sekarang. Berdasarkan moto ini aktiviti kurikulum dan kokurikulum digarap untuk menghasilkan pelajar yang bukan sahaja mantap pencapaian akademik, malah cergas serta aktif dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah.

MISI SMK PUTRA

1. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus.

2. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang melalui penyeliaan berterusan

3. Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa pelajar

4. Melibatkan pelajar dalamNsemua aktiviti kokurikulum

5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif

VISI SMK PUTRA

Sekolah Menengah Kebangsaan Putra akan menjadi Sekolah terunggul dalam kalangan sekolah menengah harian biasa di daerah Besut menjelang 2010.

MAKLUMAT ASAS SMK PUTRA

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH

1.1 Nama : Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
1.2 Kod sekolah : TEA 0073
1.3 Moto : MASA DEPAN ITU SEKARANG
1.4 Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, 22000
Jerteh, Terengganu
1.5 No. Tel / Faks : 09-6973590
1.6 Alamat E-Mail : smputra@streamyx.com
1.7 Gred sekolah : A
1.8 Lokasi sekolah : Luar bandar
1.9 Keluasan : 20.581 ekar
1.10 Tarikh pembinaan : 8 september 1993
1.11 Tarikh perasmian : Belum dirasmikan

2. KEMUDAHAN FIZIKAL

2.1 Terdapat 4 blok bangunan yang menempatkan

2.1.1 21 buah bilik kelas / darjah
2.1.2 6 buah makmal sains
2.1.3 Sebuah bilik ERT ( Jahitan, masakan dan pengurusan diri )
2.1.4 Sebuah bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu ( KHB ) – elekrik / elektronik, kerja enjin dan paip
2.1.5 Sebuah perpustakaan
2.1.6 Sebuah bilik Sumber / tayangan
2.1.7 Pejabat ( bilik Pengetua, Guru Penolong Kanan Akademik dan Guru Penolong Kanan HEM )
2.1.8 Bilik guru
2.1.9 Bilik Guru Kanan Mata pelajaran ( Ketua Bidang )
2.1.10 Bilik Kaunseling
2.1.11 Bilik Seni
2.1.12 Bilik buku teks
2.1.13 Bilik kesihatan ( doktor )
2.1.14 Surau perempuan ( bilik amali solat )
2.1.15 Bilik Penilaian dan Peperiksaan
2.1.16 Bilik Operasi Disiplin

2.2 Sebuah bangunan Makmal Komputer
2.3 Sebuah surau ( dibina daripada sumbangan individu )
2.4 Bengkel Sains Pertanian
2.5 Padang sekolah – seluas 3 ekar
2.6 Garaj basikal untuk pelajar
2.7 Garaj kereta ( guru ) – peringkat awal dibina daripada wang kutipan guru-guru dan sumbangan luar kemudiannya telah ditambah oleh pihak pengurusan sekolah dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan
2.8 Astaka Putra